Bismillah,
Mengenai syarat dan rukun mut`ah saya tidak berapa mahir mengenainya. Insya Allah soalan itu boleh anda ajukan kepada sesiapa yang lebih arif.
Cuma apa yang saya tekankan dan pertahankan adalah soal hukum bukan perlaksanaan. Tentang hukum saya berpegang kepada halalnya mut`ah hingga kini. Hujjahnya:
Segalanya terbukti menerusi firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa`: 24 yang berbunyi:
Imam Qurthubi seorang bermazhab Sunni versi Maliki telah mengisytiharkan bahawa jumhur ulama mensabitkan bahawa ayat ini sebagai bukti penghalalan nikah mut`ah.
(Rujuk: Tafsir Qurthubi: 5/130.)
Diikuti Abdu bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid menyatakan bahawa ayat ini turun kerana keizinan pernikahan mut`ah. Perkara ini disokong dengan riwayat yang dinyatakan oleh Abdu bin Humaid, Ibnu Jarir, Ibnu al-Anbari dalam Masahif kemudian al-Hakim menshahihkannya. Abdul Razzaq dan Ibnu Katsir menyatakan bahawa Ibnu Abbas, Sa`id bin Jabir, as-Suda dan Ubay bin Ka`ab membacanya dengan bacaan:
(Rujuk:Fathul Qadir: 1/567 & 1/574, Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal 135 dan Tafsir Ibnu Katsir: 1/420)
Imam Qurthubi berkata: Tiada perselisihan diantara ulama khalaf (kemudian) dan salaf (dahulu) tentang - penghalalan nikah - mut`ah hingga ke suatu tempoh. Tiada hukum perwarisan padanya. Perpisahan berlaku setelah tamat tempoh tanpa sebarang - lafaz - talak.
(Rujuk: Tafsir Al-Qurthubi: 5/132)
Bukti Sokongan Hadits
Keharusan pernikahan mut`ah terus disokong oleh Nabi menerusi haditsnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah katanya: Kami pergi berperang bersama Nabi dan di sisi kami tiada para isteri kami, maka kami bertanya: Bolehkah kami berbuat sesuatu untuk melepaskan hawa nafsu kami? Namun Nabi melarangnya. Kemudian Rasul mengizinkan menikahi wanita dengan sehelai baju hingga tempoh tertentu. Setelah itu baginda membacakan ayat:
يَا اَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أحَلَّ اللهُ لكُم وَلاَ تَعتَدُوا اِنَّ اللهَ لاَ يحُِبُّ الُمعتَدِين
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah untuk kamu, dan janganlah kamu melampaui batasan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [al-Maidah: 87]
(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 4615, 5071 & 5075 dan Shahih Muslim: Bil 3396.)
Diriwayatkan juga dari Amru bin Dinar berkata: Aku mendengar al-Hasan bin Muhammad mengkhabarkan dari Jabir bin Abdullah dan Salamah bin al-Akwa` keduanya berkata: Juru panggil Rasulullah telah keluar dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengizinkan kamu untuk bermut`ah iaitu mut`ah wanita أن تستمتعوا
(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 5117-5118, Shahih Muslim: Bil.3399 & 3400 dan Tuhfatul Asyraf: Bil. 2230.)
Diriwayatkan oleh Jabir dari para sahabat Nabi mengenai halalnya mut`ah pada zaman hidup Nabi, juga di zaman Abu Bakar dan di zaman akhir pemerintahan Umar. Umar diriwayatkan hanya mengingkari halalnya mut`ah sekiranya bukti hukum halal mut`ah tersebut tidak ada penyaksian dari 2 orang saksi adil sahaja.
(Rujuk: Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)
Seterusnya Ibnu Hazm az-Zohiri telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Muhalla bahawa sekumpulan besar dari kalangan para sahabat tetap berpegang kepada penghalalan nikah mut`ah sesudah Nabi seperti Asma` binti Abi Bakar, Jabir bin Abdullah, Ibnu Mas`ud, Ibnu Abbas, Muawiyah, Amru bin Huraits, Abu Sa`id dan Salimah keduanya anak Umayyah bin Khalaf.Pendapat para sahabat mengenai penghalalan nikah mut`ah diikuti oleh para ulama dari Mekah dan Yaman.
(Rujuk: Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135 dan Bidayatul Mujtahid: 2/71.)
Bahkan Ibnu Juraij salah seorang periwayat hadits yang dipercayai oleh Bukhari telah melakukan mut`ah hingga menikahi seramai 90 orang wanita. Perkara ini diakui sendiri oleh imam Syafi`ie sebagaimana yang dikemukakan oleh Zahabi menerusi kitabnya Tadzkiratul Huffaz.
(Rujuk: Tadzkiratul Huffaz: 1/171 dan Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)
Persoalan: Nikah mut`ah sebenarnya sudah lama diharamkan oleh Nabi s.a.w. Namun berita pengharamannya tidak diketahui ramai orang. Dengan itu, Umar mengisytiharkan pengharaman tersebut dan ayat al-Quran mengenainya telah dimansukhkan (dibatalkan) oleh as-Sunnah Nabi s.a.w.
Jawapan: Berdasarkan fakta dari riwayat Jabir bin Abdullah berkata: Kami telah melakukan 2 mut`ah (mut`ah wanita dan mut`ah haji) pada zaman Rasulullah kemudian ia dilarang oleh Umar, maka kami tidak mengulanginya.
(Rujuk: Shahih Muslim: Bil. 3403.)
Fakta ini menggariskan bahawa pernikahan mut`ah telah dilaksanakan pada zaman Rasul juga pada zaman pemerintahan Abu Bakar dan 2 tahun di awal pemerintahan Umar. Dengan ini, apakah Abu Bakar tidak mengetahui sama sekali pengharamannya hingga ia diteruskan sepanjang zaman pemerintahannya? Bahkan ia tetap dilakukan 2 tahun terawal dari pemerintahan Umar sendiri?
Amat mustahil sama sekali umat masih tetap melaksanakannya pada zaman Abu Bakar dan di awal pemerintahan Umar jika benar ia telah diharamkan oleh Rasul.
Persoalan 2: Pendapat yang mengatakan bahawa ayat halal mut`ah telah dibatalkan oleh ayat pernikahan yang berbunyi:
Jawapan: Hujjah ini tertolak kerana ayat halal mut`ah adalah dari surah an-Nisa` yang merupakan dari golongan surah-surah Madaniyah iaitu yang diturunkan di Madinah, sementara dua ayat pernikahan di atas merupakan dari kumpulan surah-surah Makiyyah iaitu yang diturunkan di Mekah. Dengan ini, adalah mustahil ayat yang bertindak sebagai pembatal hukum (Nasikh) didahulukan dari ayat hukum (Mansukh.
Hakikatnya, pokok asas yang terpenting adalah hukum halal bagi pernikahan mut`ah sudah terpahat di dalam al-Quran. Dengan ini tiada sesiapa yang dapat membatalkannya meskipun Nabi sendiri.
Memang benar setiap hukum dari al-Quran ada nasakhdan mansukhnya. Namun, apakah ayat al-Quran boleh dimansukhkan dengan as-Sunnah yang kononnya Nabi telah mengharamkan mut`ah? Ini mustahil sama sekali. Bahkan al-Quran hanya boleh dimansukhkan dengan al-Quran sahaja sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
Berdasarkan ayat ini maka terbuktilah bahawa segala hadits-hadits yang berkaitan dengan pembatalan ayat mut`ah adalah batil dan tertolak kerana tidak mungkin Nabi akan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah s.w.t.
Jika benar nikah mut`ah telah diharamkan oleh Rasul sesudah huru-hara dengan hukum yang tidak menentu (sekejap halal sekejap haram), maka sudah pasti Allah dan Rasul-Nya akan menentukan sebuah hukum syariat yang bersesuaian untuk dijatuhkan ke atas mereka yang melanggar pengharaman tersebut. Namun, segalanya tidak berlaku.
Mut`ah adalah diantara perkara yang baik yang dihalalkan oleh Allah s.w.t kerana ia dapat mengelakkan umat dari melakukan zina. Namun, kebaikannya tidak dapat dilihat bagi mereka yang memandang ia sebuah penghinaan kepada kaum wanita dan hanya untuk melepaskan nafsu semata-mata. Jika itulah alasannya, maka Allah dan Rasul juga telah merendahkan kaum wanita kerana menjadi bahan pelepas nafsu kaum lelaki hanya dengan menghalalkan mut`ah sahaja. Fikirkanlah sebelum membuat sebarang kesimpulan. Meskipun ia dinamakan mut`ah, namun ia tetap dinamakan sebuah pernikahan yang sah bukan sebuah penzinaan.
Meski apapun persoalan yang berbangkit berkenaan mut`ah seperti keutamaan dan faedahnya, maka itu harus difikirkan bersama. Yang pasti setiap hukum yang Allah titipkan pasti menjadi tunjang dan aturan yang terbaik buat umat Islam, Hanya hukum yang menjadi pokok asasnya.
Wallahualam.
Dalil-dalil haramnya nikah mut'ah :
Haramnya nikah mut'ah berlandaskan dalil-dalil hadits Nabi SAW Juga pendapat para ulama dari empat madzab.
Dalil dari hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhani, ia berkata, "Kami bersama Rasulullah saw. Dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata, "Ada selimut seperti selimut.' Akhirnuya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjid Al-Haram, dan tiba-tiba aku melihat Nabi saw. sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, 'Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah Azza wa Jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai hari Qiamat. (Shahih Muslim II/1024).
Dalil hadits lainnya : Dari Ali bin Abi Thalib r.a. ia berkata kepada Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw. Melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu perang Khgaibar. (Fath Al-Bari)
Pendapat para ulama
Berdasarkan hadits-hadits tersebut diatas, para ulama berpendapat sebagai berikut :
a) Dari madzab Hanafi, Imam Syamsuddin Al-Sarkhasi dalam kitabnya Al-Mabsuth mengatakan, "Nikah mut'ah ini batil menurut madzab kami." Demikian pula Imam Ala al Din Al-Kasani dalam kitabnya Bada'I Al-Sana'I fi Tartib Al Syara'I mengatakan, "Tidak boleh nikah yang bersifat sementara, iaitu nikah mut'ah".
b) Dari Madzab Maliki, Imam Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid wa nihayah Al-Muqtashid mengatakan, "Hadits-hadits yang mengharamkan nikah mut'ah mencapai peringkat mutawatir." Sementara itu Imam Malik bin Anas mengatakan, "apabila seorang laki-laki menikahi seorang wanita dengan dibatasi waktu, maka nikahnya batil."
c) Dari Madzab Syafi'I, Imam Al-Syafi'I dalam kitabnya Al-Umm mengatakan, "Nikah mut'ah yang dilarang itu adalah semua nikah yang dibatasi dengan waktu, baik dalam jangka pendek maupun jangka panjang, seperti ucapan seorang laki-laki kepada seorang perempuan, aku nikahi kamu selama satu hari, sepuluh hari atau satu bulan". Sementara itu Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' mengatakan, "Nikah mut'ah tidak diperbolehkan, karena pernikahan itu pada dasarnya adalah suatu aqad yang bersifat mutlaq, maka tidak sah apabila dibatasi dengan waktu."
d) Dari Madzab Hambali, Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya Al-Mughni mengatakan, "Nikah mut'ah ini adalah nikah yang batil." Ibnu Qudamah juga menukil pendapat Imam Ahmad bin Hanbal yang menegaskan bahwa nikah mut'ah adalah haram.
Mungkin anda salah faham apa yang aku terangkan diatas..aku maksudkan kahwin cara ini akan mengakibatkan keruntuhan masyarakat setempat...bayangkanlah ..kawin cerai...anak sape nak jage?..kalau bende ni tak jadi kat kite..kita tak nampak..cuba jadi tgk dekat adik kiter ker..kakak kiter ker.. boleh terime ker?.so samelah ngan seks bebas kesan die.Walaupun pada asalnya Rasullah dah kasi green light tapi dah ditarik balik..so pakailah yang updated bukan. logik bro
Sekarang telah terdapat dakyah cuba memperkenalkan syiah dikalangan umat Islam di Malaysia ini.

فَمَا اسْتَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة
“dan wanita-wanita yang kalian nikmati diantara mereka, maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan”

فَمَا استَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ - اِلَى أجَلٍ مُسَمَّى - فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة
“dan wanita-wanita yang kamu nikmati diantara mereka – dalam tempoh yang telah ditetapkan - , maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan”

والذين هم لفروجهم حافظون * إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانُهم فإنهم غيرُ ملومين
“dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan untuk isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak dicela” [al-Mukminun: 5 & al-Ma`arij: 29]
“dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan untuk isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak dicela” [al-Mukminun: 5 & al-Ma`arij: 29]
Jawapan: Hujjah ini tertolak kerana ayat halal mut`ah adalah dari surah an-Nisa` yang merupakan dari golongan surah-surah Madaniyah iaitu yang diturunkan di Madinah, sementara dua ayat pernikahan di atas merupakan dari kumpulan surah-surah Makiyyah iaitu yang diturunkan di Mekah. Dengan ini, adalah mustahil ayat yang bertindak sebagai pembatal hukum (Nasikh) didahulukan dari ayat hukum (Mansukh.
Hakikatnya, pokok asas yang terpenting adalah hukum halal bagi pernikahan mut`ah sudah terpahat di dalam al-Quran. Dengan ini tiada sesiapa yang dapat membatalkannya meskipun Nabi sendiri.
Memang benar setiap hukum dari al-Quran ada nasakhdan mansukhnya. Namun, apakah ayat al-Quran boleh dimansukhkan dengan as-Sunnah yang kononnya Nabi telah mengharamkan mut`ah? Ini mustahil sama sekali. Bahkan al-Quran hanya boleh dimansukhkan dengan al-Quran sahaja sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
مَا نَنسَخْ مِن آيَةٍ أو نُنسِهَا نَأتِي بِخَيرٍ مِنهَا أو مِثلِهَا
“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami batalkan (mansukhkan) atau Kami lupakan (biarkan hukumnya berterusan), Kami akan datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau seumpama dengannya” [al-Baqarah: 106]