EKSKLUSIF
"Antara punca utama ialah curang, selisih faham, masalah kewangan, anak, cemburu, mabuk, dadah, ugutan melalui telefon dan masalah peribadi," katanya kepada mStar Online.
KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumahtangga mencatatkan peningkatan sebanyak 1,259 kepada 4,123 tahun lalu dengan Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kes paling tinggi.Sebanyak 13 negeri menunjukkan kes berkenaan meningkat dengan Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2013, iaitu lebih sekali ganda kepada 583 kes berbanding 264 kes pada 2012.
Selain itu, Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 512 dan 502 kes berbanding tahun sebelumnya 368 dan 270 kes dicatatkan.
Bagaimanapun, hanya Pahang mencatatkan penurunan kes iaitu 183 pada 2012 kepada 165 kes, tahun lalu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kegagalan mengawal emosi adalah antara punca utama berlakunya keganasan dalam rumahtangga.