Sabtu, 21 Disember 2013

Mengunci nafsu dan mengelak penceraian


Penceraian banyak terjadi di masyarakat melayu kita. Datanglah ke mana-manaPejabat Agama , maka anda akan melihat begitu banyak pasangan dengan niat cerai dari pasangannya.
Banyak sebab kenapa perceraian terjadi, misalnya akibat salah satu pasangan terlibat perselingkuhan. Perceraian itu pasti ada konsekuensi/akibatnya. Salah satu akibat tersebut adalah masa depan anak (apabila pasangan tersebut sudah dikurniai anak) dan juga masa depan masing-masing pihak yang melangsungkan perceraian.
Berikut ini salah satu Ilmu yang berisi CARA/METODE agar perceraian tidak terjadi dan pasangan yang hampir bercerai itu  kembali rukun. Khususnya apabila perceraian itu akibat adanya PIHAK KETIGA  dan ada salah satu pasangan yang tertarik, mencintai dan berpaling. OLeh sebab itu ilmu ini merupakan ilmu untuk merapatkan pasangan sehingga mampu memegang amanah. /komitmen yang sudah diikrarkan saat ijab kabul.
Caranya:
1. Secara sembunyi-sembunyi ambillah salah satu baju atau seluar dalamnya. Pilih salah satu saja.
2. Tuliskan di bagian dada baju tersebut potongan AYAT 1 SURAT AL MAIDAH (DALAM BAHASA ARAB) yang bunyinya : yaa ayyuhalladziina amanuu aufuu bil uqud yang artinya Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu.
3. Bila anda ingin agar dia tidak akan dan tidak mampu bermain seks dengan kecurangannya, jadi kita MENGUNCI NAFSU SEKSNYA KEPADA PIHAK LAIN DAN HANYA BERNAFSU KEPADA ANDA SEBAGAI PASANGAN RESMINYA maka tuliskan ayat tersebut  di seluar dalam nya.
4. Setelah ditulis bacalah  yaa ayyuhalladziina amanuu aufuu bil uqud   sebanyak 70 x sambil meniatkan dalam hati agar orang tersebut menunaikan janji sewaktu akad nikah dan titiskan Raja Minyak pengasih di baju atau seluar  dalam itu.
5. Simpanlah di tempat yang aman dan tidak diketahui olehnya.
Semoga cinta kasih suami isteri akan terpelihara dalam lindungan Ilahi dan tercapai tujuan yaitu terwujudnya kerluarga sakinah mawaddah warahmah. InsyaAllah.

susuk untuk kecantikan

Susuk adalah sesuatu perkara yang salah di sisi Islam. Kerana ia boleh membawa kita ke lembah kesyirikan ( menyekutukan Allah ).
  
Sebab apa? Kesimpulan mudahnya adalah, kita seolah – seolah meminta bantuan sesuatu yang lain dari Allah, dan menganggap ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Nazubillahi min dzalik. Sepatutnya, kita wajib meng-Esakan Allah, dan hanya Dialah selayak-layak tempat untuk kita memohon pertolongan.
   
Seterusnya kita berikhtiar ( berusaha ) untuk mendapatkannya. Selebihnya kita bertawakal ( berserah ) kepada Allah agar mengizinkan perkara tersebut berlaku. Dan apabila kita perlukan bantuan di dalam kesulitan dan inginkan sesuatu, seharusnya kita hanya memohon doa kepadaNya.


Surah Al-Fatihah – Ayat 4:
“Hanya kepada Engkau tempat kami menyembah dan memohon pertolongan”
Tetapi kita juga harus pastikan niat, tujuan dan keinginan kita itu benar-benar suci lagi baik di sisi Allah S.W.T.

Di antara keburukan susuk:
1. Menjadi syirik(menyekutukan Allah).
2. Solat dan amal ibadah tidak diterima selama 40 hari.
3. Pengguna susuk selalu bermimpi yang buruk-buruk sewaktu tidur.
Dan susuk ada jenis-jenis kategorinya:
1. Susuk biasa, iaitu susuk luaran seperti pembedahan plastik, botox dll.
2. Susuk luar biasa(susuk yang syirik), seperti susuk yang memasukkan sesuatu ke dalam muka atau tubuh dan ianya menggunakan Jin sebagai khadam.
Tapi sama ada anda percaya atau tidak, di zaman IT ini ada lagi satu jenis susuk yang canggih, iaitu ‘Susuk Digital’.

Susuk tersebut, membuat sesuatu foto digital boleh disunting menjadi macam-macam rupa menggunakan perisian seperti ‘Adobe Photoshop’.
Contohnya:
1. Seseorang yang kurang cantik, boleh menjadi bertambah cantik di dalam foto berkenaan dengan menggunakan kesan khas tertentu.
2. Ianya mungkin boleh di salah guna oleh segelintir wanita yang menyunting foto tersebut di dalam internet, bagi menipu lelaki demi mendapatkan sesuatu yang diingini dari pihak lelaki.
3. Lalu si lelaki tertipu/terpikat dengan kecantikan yang palsu itu.
4. Maka ianya memudahkan si lelaki yang ingin mencari pasangan hidup itu tertipu dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar batas-batas agama demi mendapatkan wanita berkenaan.

Apa yang aku ingin maksudkan adalah, sekiranya perkara sebegitu rupa berlaku, ia adalah kesalahan akhlak oleh kedua-kedua pihak yang menyalah guna teknologi IT dengan perbuatan yang diharamkan agama.

Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak:
1. Si wanita melakukan penipuan dengan foto beliau sendiri.
2. Si lelaki terlalu mudah ditipu dan terpukau dengan kecantikan yang sementara sehingga melakukan pergaulan yang tidak sihat di alam maya(internet).
Mencari jodoh itu wajib, kerana perkahwinan itu sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi caranya juga mestilah halal mengikut syarak.

Ciri-ciri jodoh yang paling ditekankan oleh Baginda:
1. Agamanya.
2. Keturunannnya.
3. Hartanya.

Di dalam Islam beberapa perkara telah digariskan di dalam pergaulan. Pergaulan bebas adalah haram sama sekali.
Jadi kerana itulah Islam melarang berpasang-berpasangan sebelum bernikah.
Mungkin demi menghalalkan berpasangan sebelum nikah, ada juga orang yang memberikan alasan,

“Apa salahnya berpasangan sebelum nikah, kerana kami tidak buat apa-apa”
Tetapi bagi saya, jika kita berpasangan sebelum bernikah, macam-macam perkara tidak diingini boleh berlaku. Risiko ke lembah zina amatlah tinggi.
Cuba anda lihat, kes-kes kejadian buang bayi semakin berleluasa di kala ini. Semuanya jelas berpunca dari kejadian zina. Punca zina pula, akibat daripada pergaulan bebas yakni berpasangan sebelum nikah.

Surah Al-Zalzalah – Ayat 7 & 8:
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya”
“Barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya juga”

Kesimpulannya: ‘Susuk Digital’ juga benar-benar berbahaya, sungguh pun ia tidak menyebabkan kesyirikan. Kerana ianya membuat lelaki lebih mudah tertarik untuk melihatnya. Seterusnya ia juga boleh menyebabkan berlakunya zina, iaitu zina mata.


Sungguh pun begitu, ia tidak sepenuhnya berpunca dari ‘Susuk Digital’. Ia juga boleh berpunca oleh keaslian kecantikan seseorang wanita itu. Oleh itu, para wanita yang mempunyai paras rupa menawan, jangan terlalu mudah memaparkan foto-foto mereka di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Kerana ianya juga boleh mengundang sesuatu perkara yang tidak ingini.